ARTIKEL

V-Foss naib juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ASAJAYA: Skuad V-Foss sekadar berpuas hati menduduki tempat kedua Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah 2023 anjuran Kelab Bola Sepak Tambirat (VETTAM).

Barisan pimpinan, Abdul Hamdmat Abdullah (pengurus) itu tewas tipis (4-5) menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Rebak FC pada aksi akhir yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Tambirat Lot, Asajaya selepas kedua-duanya terikat (2-2) untuk masa penuh perlawanan.

Sekali gus, menyaksikan pemain V-Foss menerima wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat.

Sambil wang tunai RM1,500 termasuk piala dan pingat diterima pemain pasukan Rebak FC.

“Berpuas hati walaupun sekadar menduduki tempat kedua untuk saingan tersebut.

“Pemain telah berusaha memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan,” ujar Hamdmat kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam pada itu, pasukan Kaslo FC dan Kabitra FC yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM400 selain piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Kejohanan yang bermula 23 September lalu disertai 16 pasukan mewakili pelbagai kelab dari Kuching dan Kota Samarahan.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,