KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan terdapat dua buah Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) akan mula beroperasi di Sarawak, mulai esok (7 Jun).
Menurut JPBN, kedua-dua PPVAZ tersebut akan mula beroperasi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Miri.
Sehubungan itu, kata JPBN Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca di PPVAZ BCCK dan PPVAZ IKBN akan beroperasi setiap hari iaitu Isnin hingga Jumaat pada Jam 8 pagi hingga 9 malam.
Manakala, bagi Sabtu dan Ahad pada jam 8 pagi hingga 5 petang.
Dalam pada itu, JPBN memberitahu PPVAZ IKBN, Miri akan beroperasi dari Isnin hingga Ahad pada jam 8 pagi hingga 5 petang.
Terdahulu, Sarawak berusaha untuk menyelesaikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menjelang Ogos ini dengan memberikan sekurang-kurangnya 45,000 suntikan vaksin setiap hari.