ARTIKEL

Vaksin COVID-19 Johnson & Johnson tidak lagi tersedia di AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LOS ANGELES: Vaksin Johnson & Johnson COVID-19 tidak lagi tersedia di Amerika Syarikat, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, lapor Xinhua.

Semua baki stok vaksin Johnson & Johnson milik kerajaan AS tamat tempoh pada 7 Mei, menurut catatan di laman sesawang CDC.

Agensi itu telah mengarahkan pembekal untuk melupuskan mana-mana stok yang masih tinggal, menurut peraturan tempatan, negeri dan persekutuan.

Individu berumur 18 tahun ke atas, yang menerima satu atau dua dos vaksin Johnson & Johnson COVID-19 disyorkan untuk menerima satu lagi dos mRNA bivalen Moderna atau Pfizer-BioNTech sekurang-kurangnya dua bulan selepas selesai dos sebelumnya, menurut CDC.

Lebih 19 juta dos vaksin Johnson & Johnson COVID-19 telah diberikan di AS pada 11 Mei, menurut data CDC. – BERNAMA

BERITA LAIN

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo

KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C

BERITA TERBARU