Vaksin Covid-19 tingkatkan Keyakinan Ibu Bapa

SEJAJAR hasrat Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, warga pendidik tadika dan taska SeDidik turut menerima vaksin Covid-19.

Menurut Pengurus Besar SeDidik Dr. Nor Ashikin Abdul Rahman, warga pendidik tadika dan taska SeDidik layak dianggap petugas barisan hadapan.

“Ini kerana mereka sentiasa berdekatan kanak-kanak dan ibu bapa dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Tambah Dr. Nor Ashikin, tindakan pihak kementerian mengutamakan warga pendidikan diberi suntikan vaksin sangat tepat dalam usaha membendung wabak Covid-19.

“Kita perlu mengambil kira warga pendidik bekerja melibatkan kontak rapat secara fizikal dengan kanak-kanak,” katanya.

Ujar Dr. Nor Ashikin lagi, warga pendidik juga perlu memimpin kanak-kanak ke tandas dan mengendong anak-anak. Tambahnya, SeDidik menyasarkan semua warganya menerima suntikan vaksin Covid-19.

Setakat ini, lebih 50 peratus warga SeDidik sudah menerima suntikan vaksin dos pertama sejak 27 Mac lalu.

“Suntikan dos kedua dijangka menyusul tidak lama lagi,” katanya. Salah seorang warga pendidik SeDidik ketika ditemui, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana diberi keutamaan menerima suntikan vaksin.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Apr 2021

Suara Sarawak