HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak penting

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian (kiri) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tengah) pada sidang media di Hospital Umum Sarawak, hari ini.
Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian (kiri) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tengah) pada sidang media di Hospital Umum Sarawak, hari ini.

KUCHING: Ibu bapa digesa untuk mendapatkan vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula 5 Februari ini, kata Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian.

Menurutnya, ia berikutan golongan tersebut berisiko mengalami Sindrom Radang Pelbagai Sistem dalam Kanak-kanak (MIS-C) sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Sindrom ini bukan sahaja menjejaskan bahagian jantung, malah ia boleh menyerang seluruh badan.

“Justeru, pengambilan vaksin untuk kanak-kanak ini sangat penting,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) Peringkat Negeri, di Hospital Umum Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya, sebahagian daripada MIS-C tersebut boleh menyebabkan kesihatan kanak-kanak yang dijangkiti wabak tersebut terjejas teruk.

Dalam pada itu, Sim juga memberitahu Sarawak mencatatkan bilangan pengambilan vaksinasi tertinggi dalam kalangan remaja berumur 12 hingga 18 tahun.

“Seterusnya, kita menyasarkan pengambilan vaksin bagi golongan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Justeru, saya berharap kita dapat melakukan ini dengan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru