ARTIKEL

Vaksin secara datang sendiri dibolehkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Sarawak (CITF Sarawak) memberi kebenaran kepada semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk melaksanakan pemberian vaksin secara datang sendiri (walk-in).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, mereka yang belum menerima janji temu dos pertama suntikan vaksin Covid-19 perlu menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) masing-masing bermula 23 Julai hingga 5 Ogos ini.

“Semua penerima vaksin disarankan untuk mendapatkan tarikh janji temu walk-in vaksinasi terlebih dahulu melalui Bilik Gerakan JPBB masing-masing. “CITF Sarawak ingin menekankan kepentingan untuk mendapatkan dos vaksinasi yang lengkap mengikut jenis dan jarak masa yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh menghubungi Bilik Gerakan JPBB mengikut bahagian seperti di Kuching (082- 507700/082-507022), Samarahan (082-673833), Serian (082- 872472), Sri Aman (083-320084), Betong (083-472866) dan Sarikei (084-654396). Sibu (084-317934/084- 315653/084-322581), Kapit (013-6689968), Mukah (084- 872088), Bintulu (086-331742), Miri (085-322737) dan Limbang (085-211744).

Sementara itu, Sarawak merekodkan sebanyak 261 kes positif Covid-19 dan satu kes kematian baharu, semalam. Katanya, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 72,213 kes dan 450 kes kematian.

“Daripada 261 kes positif yang dikesan, sebanyak 106 kes dikesan di Daerah Kuching, Meradong (33), Saratok (30), Serian (17), Sibu (15), Sri Aman (14) dan Lundu (14) serta empat kes masing-masing di Miri dan Bau.

“Selain itu, tiga kes masingmasing direkodkan di Bintulu, Mukah, Beluru dan Bukit Mabong, dua kes masing-masing di Kapit, Pakan, Sarikei dan Song, manakala satu kes dikesan di Samarahan, Belaga, Lawas dan Tatau,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes kematian semalam, JPBN mendedahkan, kes kematian baharu itu melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak dari Serian berusia 58 tahun. JPBN juga berkata, Rumah Gimang, Jalan Kwong Ming Minah, di Sarikei dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 22 Julai hingga 7 Ogos ini.

Dedahnya lagi, PKPD di dua rumah panjang di Sarikei dilanjutkan bermula semalam hingga 23 Julai bagi melengkapkan tempoh PKPD iaitu Rumah Nugu, Kerubong Selalang dan Rumah Tapoi, Sungai Setajam.

Daerah Song pula kembali kepada status kuning daripada jingga setelah hanya merekodkan 13 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

Sebanyak 19 daerah masih berstatus merah, tiga daerah berstatus jingga, 14 daerah berstatus kuning dan empat daerah kekal berstatus hijau. Dalam perkembangan lain, sebanyak 12 kompaun dikeluarkan oleh PDRM semalam iaitu lapan di Daerah Kuching, dua masingmasing di Bintulu dan Miri.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya