Vaksin Sinovac tiada kesan sampingan serius

KUCHING: Teknologi asas yang digunakan dalam vaksin Sinovac terbukti tidak menunjukkan kesan ssampingan yang serius, kata pakar epidemilogi Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Menurutnya, teknologi asas dalam vaksin ini telah dicuba dan digunakan selama beberapa dekad.

Katanya, walaupun secara praktikal semua vaksin dan ubat mempunyai kesan sampingan, ini berlaku kerana tindak balas manusia terhadap vaksin atau ubat-ubatan yang berubah-ubah. “Persoalannya manfaat vaksin atau ubat melebihi risiko kesan sampingan yang bersifat sementara atau kekal.

“Sekiranya vaksin berkesan dan kesan sampingannya agak kecil ia hanya mempengaruhi sebilangan kecil populasi, apabila majoriti akan menikmati manfaat vaksin,” jelasnya.

Beliau mengulas laporan The Standard dari Hong Kong yang mendakwa seorang lelaki berusia 63 tahun meninggal dua hari setelah menerima suntikan vaksin terbabit

Untuk berita selanjutya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini….

Suara Sarawak