ARTIKEL

Vaksinasi dalam kalangan guru prasekolah dan taska tinggi di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Komitmen tinggi guru prasekolah dan taska mendapat suntikan vaksin Covid-19 menyebabkan kadar vaksinasi dalam kalangan mereka adalah tinggi, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau yang merupakan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak mendedahkan bahawa 98 peratus guru prasekolah dan taska telah menerima dos pertama.

Manakala, 61 peratus penyelia kanak-kanak dan 68 peratus guru taska juga telah lengkap dos kedua.

“Guru-guru ini tahu bahawa mendapat vaksin adalah amat penting demi keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah Majlis Penyerahan Geran Tahunan Khas (GTK) di Taska Pondok Ilmu No. 2, hari ini.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU