Vaksinasi dari pintu ke pintu untuk orang terlantar, OKU

MUKAH: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Bahagian di sini akan melaksanakan program vaksinasi dari rumah ke rumah untuk pesakit terlantar atau orang kelainan upaya (OKU).

Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian (JPBB) Mukah berkata, program ini akan bermula pada penghujung Jun ini atau awal Julai depan.

“Program vaksinasi dari rumah ke rumah ini adalah khas untuk membantu pesakit terlantar atau orang kelainan upaya,” katanya.

Beliau turut menjelaskan terdapat beberapa penambahan PPV di beberapa tempat di Mukah.

Sebelum ini katanya, setiap daerah di Bahagian Mukah hanya mempunyai satu PPV.

Antara Klinik Kesihatan yang turut beroperasi sebagai PPV ialah di Balingian, Igan, Betanak dan Pulau Bruit.

Sementara itu, tujuh lagi klinik kesihatan yang turut bertindak sebagai PPV ialah Klinik Kesihatan di Bunut, Nanga Baoh, Rassau, Nanga Semah, Tanjung Manis dan Paloh.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Jun 2021

Suara Sarawak