Vaksinasi fasa pertama lancar

KUCHING: Fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Sarawak berjalan lancar dan merekodkan jumlah paling tinggi di Malaysia menerima suntikan dos pertama melebih 13,000 petugas barisan hadapan setakat 3 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing berkata, kejayaan tersebut kerana pihaknya membuat persiapan pelan program suntikan selain hanya melibatkan kumpulan barisan hadapan.

“Ini menunjukkan program, susunan dan jentera vaksinasi Sarawak di lapangan adalah efisien selain kerjasama semua agensi termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Peringkat Bahagian yang menyelaras pengurusan di bahagian masing-masing melancarkan lagi proses pemberian suntikan.

“Sebelum ini, dalam kajian terhadap barisan hadapan, suku daripada mereka belum membuat keputusan sama ada mahu menerima suntikan atau sebaliknya.

“Bagaimanapun selepas fasa pertama dilancarkan pada Februari lalu, maklum balas yang diterima sangat menggalakkan membuktikan keyakinan mereka terhadap vaksin Covid-19,” katanya.

……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak