ARTIKEL

Van hilang dijumpai semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sebuah van Toyota berwarna putih yang dilaporkan hilang pada 9 Julai lalu ditemui di Lorong Ngisak Kampung Stenggang, Jalan Bau Lundu.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superitenden Poge Nyaon berkata van tersebut ditemui sekitar jam 1.35 petang tadi oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau yang diketuai oleh Inspektor Ali Rahman semasa menjalankan tugas rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan.

“Van berkenaan ditemui ditinggalkan dan disorok di sebuah laluan jalan kebun yang mencurigakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan melalui sistem Kompol PDRM mendapati van tersebut telah dilaporkan hilang di Batu Kawa.

Poge berkata, van itu telah dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 397A Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di