ARTIKEL

Venezuela lancar latihan ketenteraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

CARACAS: Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada Khamis mengarahkan lebih 5,600 anggota tentera menyertai latihan pertahanan berhampiran sempadan dengan Guyana, sebagai tindak balas kepada tindakan Britain menghantar kapal perang ke kawasan itu.

Maduro berkata, beliau melancarkan tindakan bersama yang bersifat defensif sebagai tindak balas terhadap provokasi dan ancaman United Kingdom terhadap keamanan dan kedaulatan negara.

Britain Ahad menyatakan ia akan mengalihkan kapal peronda HMS Trent ke Guyana, bekas tanah jajahan British, di tengahtengah pertikaian wilayah negara Amerika Selatan dengan negara jiran Venezuela berhubung wilayah Essequibo yang kaya dengan minyak.

Sumber kementerian luar Guyana, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu AFP kapal itu dijangka tiba pada Jumaat dan akan berada di wilayahnya selama kurang seminggu untuk latihan pertahanan laut terbuka. Kapal itu tidak akan berlabuh di Georgetown.

Siaran televisyen yang mengiringi pengumuman Maduro menunjukkan jet pejuang serta kapal dan kapal peronda lautan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan Venezuela.

Kerajaan Venezuela sebelum ini meminta Guyana, dalam satu kenyataan, untuk mengambil tindakan segera bagi penarikan balik HMS Trent, dan untuk mengelak daripada melibatkan kuasa tentera dalam kontroversi wilayah.

Presiden Guyana, Irfaan Ali, berusaha untuk meredakan ketegangan, mengatakan pada Khamis bahawa baik Venezuela mahupun mana-mana Negara lain tidak mempunyai apa-apa yang perlu ditakuti daripada aktiviti dalam wilayah berdaulat atau perairan Guyana.

“Kami tidak menyimpan cita-cita atau niat untuk mengingini apa yang bukan milik kami.

Kami komited sepenuhnya untuk hubungan aman dengan jiran kami dan semua negara di Wilayah kami,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, menyatakan “doa untuk rakyat Venezuela, jiran kita.”

Naib Presiden Guyana Bharrat Jagdeo sebelum ini berkata, bahawa lawatan HMS Trent adalah sebahagian daripada langkah yang telah lama dirancang dan “rutin” untuk membina pertahanan negara.

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU