ARTIKEL

Vetcops FC juara Liga Veteran Samarahan 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JUARA…Pemain pasukan Vetcops FC selaku juara merakam gambar kenangan.

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Vetcops FC muncul juara pada aksi final Kempen Liga Bola Sepak Veteran Samarahan 2023 selepas menundukkan Lariwoo FC menerusi sepakan penalti dengan keputusan 5-4.

Berlangsung di Padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya, Ahad lalu, sepakan penentuan itu diadakan susulan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1.

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain Vetcops FC membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 beserta piala manakala wang tunai RM1,200 termasuk piala diterima pemain Lariwoo FC selaku naib juara.

Dalam pada itu, tempat ketiga milik pasukan Armada SV FC dan turut menerima wang tunai RM800 dan piala. Sambil wang tunai RM500 diterima pasukan V-Foss FC selaku pemenang tempat keempat.

Kejohanan kali ini menghimpunkan 12 pasukan veteran terbaik. Format kejohanan secara liga kumpulan untuk peringkat awal dan disusuli aksi kalah singkar selepas ini.

Lapan lagi pasukan yang turut serta adalah Kanisa FC, KR FC, EX-SPT FC, EX Monta FC, VS FC, Abok 81 FC, Sambir Bistari FC dan Kantau Brothers.

BERITA LAIN

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja