ARTIKEL

SIDANG MEDIA... Presiden National Malaya & Borneo Veteran Association Australia Inc South & Northern Territory Branch, Paul Rosenzweig OAM JP di Tugu Peringatan Institut Perguruan (IPG) Batu Lintang, Kuching semalam -foto: GHAZALI BUJANG

Veteran tentera Australia bawa rombongan besar pada 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Kebangsaan Veteran Malaya dan Borneo Australia (NMBVAA), cawangan Utara dan Selatan Australia akan membawa rombongan yang besar pada tahun 2026 sempena memperingati ulang tahun ke-60 berakhirnya konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Presiden NMBVAA Cawangan Utara dan Selatan Australia Mejar (B) Paul A Rosenzweig berkata, satu majlis peringatan diadakan pada skala yang besar pada tahun tersebut.

Katanya, majlis itu kelak akan turut dihadiri veteran tentera Australia serta ahli keluarga dan cucu mereka untuk meneruskan tradisi dan legasi lawatan mereka ke Sarawak.

“Kita telah ke sini beberapa kali dan veteran kita juga telah berusia dan sukar bagi mereka untuk bergerak.

“Pada rombongan seterusnya ke Sarawak, berkemungkinan ramai yang tidak dapat datang.

“Kami sudah bersedia akan perkara itu dan kebanyakan veteran ini membawa anak dan cucu mereka dan menjadi generasi seterusnya untuk mengekalkan legasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri upacara memperingati ulang tahun pembebasan kem POW Batu Lintang dan memperingati Komander Pasukan Kuching Brigadier Tom Eaststick DSO di Dataran Memorial Batu Lintang, Institut Perguruan Batu Lintang, di sini hari ini.

HORMAT… Presiden National Malaya & Borneo Veteran Association Australia Inc South & Northern Territory Branch, Paul Rosenzweig OAM JP (tiga kanan) mengetuai rombongan yang memberi penghormatan kepada veteran tentera Australia yang terkorban ketika berkhidmat di zaman konfrontasi di Tugu Peringatan Institut Perguruan (IPG) Batu Lintang, Kuching semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU