Video penemuan kubung tular

KUCHING: Video yang tular di Facebook baru-baru ini, mengenai penemuan seekor kubung di sebuah rumah di Sungai Moyan Batu Kawa, mendapat perhatian Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Untuk itu, Ketua Pegawai Eksekutif (SFC) yang juga Pengawal Kehidupan Liar, Zolkipli Mohamad Aton berkata, masyarakat dilarang membuat sebarang spekulasi berhubung penyiaran video yang tidak di-
sahkan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, kubung merupakan antara spesies yang dilindungi berdasarkan Ordinan Perlindungan Kehidupan Liar, 1998.

“Mana-mana individu yang didapati memburu, membunuh, menangkap, menjual atau memiliki haiwan ini, akan berhadapan dengan hukuman penjara satu penjara dan denda sebanyak RM10,000.

“Ramai masyarakat yang berpendapat bahawa masih banyak spesies hidupan liar di dunia ini, walhal sebaliknya jumlahnya semakin berkurangan kerana terancam dan pupus.

“Oleh itu, kita perlu memainkan peranan masing-masing dalam memelihara hidupan ini untuk terus hidup seperti makhluk lain,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Sementara itu, menurut ahli keluarga yang menemui spesies itu, mereka menjelaskan, kubung itu dijumpai ber-
hampiran kawasan rumah dan segera dilepaskan ke hutan berhampiran.

Mengulas mengenai video yang pernah disiarkan pada 2019, SFC mengesahkan bahawa video terbaru itu tidak mempunyai kaitan dengan video yang menunjukkan sekawanankubung yang ditemui berenang pada tahun lepas.
Pegawai penguat kuasa SFC juga memberi amaran kepada orang ramai mengenai kepentingan memelihara dan melindungi hidupan liar di Sarawak.