Trending

Vietnam rekod hampir 100 gempa bumi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

HANOI: Vietnam mengalami hampir 100 gempa bumi di seluruh negara pada Julai.

Data dari Pusat Amaran Gempa Bumi dan Tsunami di bawah Institut Geofizik menunjukkan 93 gempa bumi berukuran sekitar 2.5 hingga 4.2 pada skala Richter.

Majoriti gegaran atau kira-kira 90 kes dilaporkan berlaku di daerah Kon Plong, yang terletak di wilayah Tanah Tinggi Tengah Kon Tum.

“Selain itu, terdapat juga gempa bumi dicatatkan di daerah Quynh Nhai di wilayah utara Son La, daerah Nam Tra My di tengah wilayah Quang Nam dan Daerah Ba To di wilayah selatan-tengah Quang Ngai,” lapor Agensi Berita Vietnam.

Pakar menilai gempa bumi itu berskala kecil dan tidak menimbulkan sebarang risiko segera bencana alam.

Bagaimanapun, mereka menasihatkan penduduk terus berwaspada agar tidak berlaku kecuaian.

Daerah Kon Plong khususnya menyaksikan intensiti dan kekerapan gempa bumi yang lebih tinggi sejak awal tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sejak Januari, daerah itu mengalami lebih 200 gempa bumi berskala kecil sekitar 2.5 hingga 4.2 magnitud yang dikaitkan dengan operasi loji hidroelektrik di kawasan itu. – Bernama 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru