Virus kembali menular di Vietnam

HANOI: Selepas hampir dua bulan bebas daripada Covid-19, Vietnam kembali melaporkan sembilan kes baharu semalam. Mengutip Reuters, virus itu kini menular di ibu kota Vietnam, di Hanoi.
Satu jangkitan dilaporkan di Hanoi, manakala lapan yang lain melibatkan wilayah dekat Haiphong, Hai Duong, Quang Ninh dan Bac Ninh.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang bermula Khamis lalu itu meningkat kepada 93, menurut kementerian kesihatan negara itu. Satu daripada dua kes yang dicatatkan itu didakwa terdedah kepada individu yang dijangkiti varian Britain Covid-19 di Jepun.
Kementerian itu mengatakan ia masih menganalisis jenis genetik virus itu untuk menentukan sama ada pesakit terkini itu juga dijangkiti varian baru.
Jumlah keseluruhan kes yang dicatat di Vietnam sejak Covid-19 pertama kali dikesan setahun lalu adalah 1,651. Ini termasuk kes import dan 35 kematian.
Menurut kementerian itu lagi, kes di Hanoi ada kaitan dengan seorang pekerja lapangan terbang di wilayah Quang Ninh yang didapati positif pada Khamis bersama lagi 83 kes. Ia kes pertama dalam kalangan masyarakat sejak 55 hari lalu dan paling ramai dilaporkan setakat ini.

Suara Sarawak