ARTIKEL

Gambar hiasan

Vlogger politik maut ditembak di Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Seorang pengguna vlog Filipina maut manakala pasangannya cedera selepas ditembak lelaki bersenjata yang tidak dikenali di Caloocan City, utara Filipina pada pagi Jumaat.

Polis memaklumkan mangsa maut akibat terkena tembakan di kepala, manakala pasangannya yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Suspek yang menaiki motosikal melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Pihak berkuasa menubuhkan pasukan petugas siasatan khas bagi mengenal pasti dan memberkas pelaku, selain menyiasat motif kejadian.

Menurut Bernama, media tempatan mengenal pasti mangsa sebagai pengguna vlog politik dikenali sebagai Mima Alicia, atau nama sebenarnya Alicia Lipata.

Polis meneruskan siasatan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti punca kejadian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU