ARTIKEL

W: Two World versi Malaysia tampilkan HUN HAQEEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Viu Malaysia melancarkan drama baharu W: Two Worlds yang menampilkan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisya, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

W: Two Worlds versi Korea ialah melodrama romantik yang merentasi dimensi, berbeza ruang antara realiti dan maya.

Bagi yang tonton versi Korea mungkin sudah tahu jalan ceritanya. W: Two Worlds mengisahkan tentang hidup doktor bernama Izara (Daiyan) yang tiba-tiba berubah.

Semuanya bermula apabila ayahnya iaitu pelukis webtoon terkenal hilang dan tidak dapat dijejaki.

Tanpa diduga, Izara tiba-tiba termasuk ke dalam dunia Webtoon yang dicipta ayahnya.

Bagaimanapun, di situ dia diselamatkan Aliff (Hun Haqeem), watak utama dalam webtoon tersebut. Aliff pula sebenarnya dalam misi mencari pembunuh keluarganya 10 tahun lalu.

Lebih perit, dia tidak sedar akan kebenaran bahawa dia ialah watak webtoon.

Apakah nasib yang menimpa Aliff dan Izara?

Drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini eksklusif hanya di Viu.

Jangan lupa nantikan W: Two Worlds versi Malaysia — mula ditayangkan pada 30 November lalu eksklusif di Viu. 

LAIN-LAIN BERITA

Puteri Balqis sekat pengikut toksik

PELAKON, Puteri Balqis bertindak menyekat mana-mana individu toksik yang sering menghina, mengejek serta memperlekeh wajahnya.  “Apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana sudah terbiasa dan

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Anak Sarawak, Roxy Ixzy juara bintang RTM 2024

PENYANYI kelahiran Sarawak, Roxy Ixzy muncul juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri baru-baru ini.  Roxy atau Roziena Ixzy

Vivek Vaswani dedah rahsia Shah Rukh Khan

PENERBIT filem, Vivek Vaswani mendedahkan perkara mengejutkan tentang pelakon, Shah Rukh Khan iaitu memiliki 17 telefon bimbit. Dedahnya, dia tidak berhubung dengan hero Bollywood itu

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San