ARTIKEL

Wabak demam babi Afrika: Sarawak keluar amaran berjaga-jaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengaktifkan langkah berjaga-jaga susulan merebaknya wabak demam babi Afrika, yang mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan di rantau ini.

Pada 3 Ogos tahun lalu, kes tersebut dilaporkan berlaku di ladang babi di Wilayah Liaoning, China, sekali gus meletakkan seluruh kawasan Asia dalam risiko.

Wabak yang pernah menyerang Eropah Timur itu menyebabkan Kerajaan Thailand, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Filipina, Australia dan Malaysia bimbang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, jika dikesan, wabak ini boleh mendatangkan impak yang besar, dan menyebabkan kerugian kepada penternak serta keselamatan makanan.

“Untuk membendung wabak ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) telah mengeluarkan dua pekeliling untuk menghalang pengimportan daging serta produk babi dari negara yang terjejas.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah itu memberitahu, JPVS turut diarahkan melakukan pemantauan di lapangan terbang, pelabuhan dan kedai-kedai bagi memastikan daging babi serta produk babi yang dibawa masuk secara haram tidak dijual kepada orang ramai.

“Pihak kita telah memaklumkan tentang virus demam babi Afrika ini kepada pemilik-pemilik ladang babi untuk mereka meningkatkan tahap biosekuriti.

“Kami juga telah menasihati peladang babi untuk tidak memberi saki baki makanan dari restoran atau dapur kepada haiwan tersebut kerana virus tersebut masih mampu hidup ketika dimasak.

Jelas Uggah, tiada vaksin dan rawatan untuk mengawal virus demam babi Afrika ketika ini.

“Sebaliknya, mana-mana ladang babi yang dijangkiti wabak tersebut akan dikuarantin manakala ternakan tersebut akan dilupus di tapak pelupusan ladang tersebut.

“Penyakit demam babi Afrika boleh menjejaskan kepentingan ekonomi, justeru ia perlu dibendung sebelum terjadi.

Katanya, mereka yang melancong ke luar negara juga dilarang membawa pulang daging babi dan produk babi dari negara yang dijangkiti wabak tersebut.

Setakat ini, lebih 90 ladang babi yang terdapat di Sarawak bebas daripada wabak demam babi Afrika tersebut.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)