Wabak Rabies di Sarawak masih berisiko — Dr Boon Chye
KUCHING: Masih belum ada proposal kajian berkenaan dengan wabak rabies.
 
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye berkata, namun pihak Kementerian Kesihatan akan mencadangan kajian penyelidikan mengenai wabak ini.
 
Beliau berkata, pihak kementerian masih lagi mengumpul data dan jumlah kes yang sudah berlaku.
 
Boon Chye menjelaskan, wabak rabies sudah di Sarawak masih berisiko dan membimbangkan.
 
“30 peratus dari populasi anjing telah disahkan positif wabak rabies dan ribuan kes gigitan anjing direkodkan pada setiap bulan di Sarawak,” terangnya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis The 4th International Conference On Advances In Medical Sciencea 2019, di sebuah hotel terkemuka di Kuching, pagi tadi.
 
Boon Chye ketika ditanya mengenai sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan anggota penguatkuasa menembak anjing dalam kompaun rumah pemiliknya.
 
“Beliau menegaskan, Pihak Berkuasa perlu mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak mempunyai kuasa atau hak untuk menangkap atau membunuh anjing berada di kediaman perseorangan.
 
“Kejadian anggota penguatkuasa menembak anjing kediaman persendirian yang dianggap melanggar SOP itu masih dalam siasatan pihak kami,” ujarnya.
 
Beliau turut menyarankan kepada pemilik-pemilik anjing agar segera menghantar haiwan peliharaan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.