Wabak Rabies memakan dua lagi korban
KUCHING: Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut dua lagi nyawa di negeri ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 52 dan 54 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Ini merupakan dua kes positif pertama rabies dalam kalangan manusia di Malaysia bagi tahun 2021, menjadikan jumlah keseluruhan sejak ia diisytiharkan di Sarawak pada 1 Julai 2017 sebanyak 33 kes.“Daripada jumlah tersebut, sejumlah 31 kematian direkodkan dan hanya dua kes yang masih hidup masing-masing kanak-kanak dengan sejarah mendapatkan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, katanya kes pertama iaitu lelaki 52 tahun meninggal dunia pada 8 Februari lalu.

“Beliau tidak mempunyai sejarah digigit atau dicakar anjing namun pernah menangkap serta membunuh haiwan itu tanpa menyerahkan bangkai ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk siasatan,” ujarnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Mac 2021

Suara Sarawak