ARTIKEL

Wabak taun terus merebak di Sudan – PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Wabak taun terus merebak di Sudan – PBB Wabak taun di Sudan terus menular pada saat akses kepada penjagaan kesihatan berdepan kekangan manakala perang saudara berterusan, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pada Rabu.

OCHA memetik bahawa Kementerian Kesihatan Persekutuan negara itu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa tujuh daripada 18 negeri merekodkan hampir 3,000 kes disyaki taun termasuk 89 kematian setakat 12 Nov, lapor Xinhua.

Petugas kemanusiaan berkata kira-kira dua pertiga daripada penduduk Sudan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan manakala lebih 70 peratus kemudahan kesihatan di kawasan konflik tidak lagi berfungsi.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU