ARTIKEL

Datuk Seri Subahan Kamal | BERNAMA

Wajah baharu skuad hoki kebangsaan selepas tamat Liga MHL 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad hoki senior dan remaja lelaki kebangsaan dibubarkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pemain untuk mengharungi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal berkata wajah baharu skuad kebangsaan akan ‘dijelmakan’ selepas tamat saingan liga yang akan berlangsung dari 1 Feb hingga 9 Mac depan.

Beliau berkata kontrak membabitkan jurulatih bagi kedua-dua skuad itu juga telah tamat dengan ketetapan selepas sesebuah kejohanan disertai skuad kebangsaan berakhir.

“Maksudnya pasukan kebangsaan lelaki dan pasukan kebangsaan remaja lelaki dibubarkan.

Smeua pemain akan turun bermain untuk kelab masing-masing dalam saingan MHL 2024.

“Tiada pasukan kebangsaan buat masa ini dan kita akan membina pasukan baharu selepas liga tamat.

Sekarang ini kontrak jurulatih juga sudah tamat,” katanya pada sidang media di MHC, Bukit Jalil di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata situasi berbeza buat skuad hoki wanita kerana mereka diletakkan di bawah pelan jangka panjang selama enam tahun oleh badan induk sukan hoki negara itu.

Beliau berkata, nasib ketua jurulatih skuad senior wanita Mohd Nasihin Nubli Ibrahim masih belum diketahui dan ia tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Kejurulatihan.

Dalam perkembangan lain, pengendali skuad senior A. Arulselvaraj akan menyerahkan laporan penuh prestasi Speedy Tigers selewat-lewatnya Ahad ini untuk penilaian Jawatankuasa Kejurulatihan MHC.

Pasukan senior kebangsaan gagal dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila  terlepas pingat emas di Sukan Asia Hangzhou susulan menamatkan saingan di tempat keenam.

Malaysia yang kemudiannya beraksi di pusingan kelayakan di Muscat, Oman turut gagal mengesahkan tiket ke Paris apabila mengakhiri kempen di tempat kelima. – BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXI: 14,000 pelajar bentuk pasukan sorak

KUCHING: Seramai 14,000 pelajar sekolah dari sembilan bahagian membentuk pasukan sorak bagi memberi sokongan kepada atlet Sarawak yang bertanding di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI

BERITA TERBARU