ARTIKEL

BERCAKAP… Nancy bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas  Program Back To School di Dewan Kampung Tanjung Bako, di sini, hari ini.

Wakil dari Sabah, Sarawak bakal dilantik anggota panel Tribunal Anti Gangguan Seksual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Dua lagi anggota panel Tribunal Anti Gangguan Seksual yang akan dilantik masing-masing mewakili Sarawak dan Sabah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setakat ini terdapat tiga anggota panel yang sudah dilantik melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden dan setiausaha.

Katanya, mereka ini juga sudah memulakan tugas masing-masing pada Disember tahun lalu.

“Justeru, saya secara peribadi telah meminta supaya ada seorang wakil yang layak dari Sarawak dan seorang lagi dari Sabah untuk terlibat sebagai anggota panel.

“Kita mahu melantik individu yang berpengalaman supaya dapat membantu meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan kes berhubung gangguan seksual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas  Program Back To School di Dewan Kampung Tanjung Bako, di sini, hari ini.

Akta Anti Gangguan Seksual 2022 (Akta 840) dikuatkuasakan secara berperingkat mulai 28 Mac lalu. Fasa pertama penguatkuasaannya melibatkan advokasi gangguan seksual kepada orang awam.

Manakala, penubuhan Tribunal Anti Gangguan Seksual melibatkan pada fasa kedua. Pada, 10 Oktober tahun lalu juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan perjawatan bagi penubuhan tribunal ini.

Baca lain  Juma’ani Pavilion sebagai pusat sehenti fesyen Borneo

Ia bertujuan untuk menyediakan platform alternatif bagi menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dengan kos minimum.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU