Wakil media dari Sarawak terokai kegiatan pemuliharan hutan di Indonesia

BADAU (Kalimantan Barat): Seramai lima pengamal media berpangkalan di Sarawak mengikuti lawatan tapak Inisiatif Klimaks Antarabangsa (IKI) di bawah WWF Malaysia di Kalimantan Barat pada 18 hingga 21 Jun.

Lawatan bertujuan mendedahkan kepada pengamal media tentang kegiatan pemuliharaan hutan di bawah IKI.

Hari pertama lawatan, pengamal media dibawa ke Hulu Gurung dengan perjalanan enam jam dari Badau.

Di Hulu Gurung, pengamal media di bawa melawat dua buah kampung, Mentawir dan Kelakar apabila penduduknya mengamalkan penanaman getah mengikut pensijilan sistem kawalan dalaman.

Pensijilan sistem kawalan dalaman diiktiraf oleh Kerajaan Indonesia manakala stor penyimpanan getah merupakan inisiatif antara WWF bersama penduduk setempat.