ARTIKEL

Wakil rakyat kecewa dengan kes kecurian, laporan polis sudah dibuat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SELANGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir.Christopher Gira Sambang menzahirkan kekecewaan berikutan satu kes kecurian berlaku di Dewan Serbaguna Selangau.

Kecurian melibatkan beberapa perkakas elektrik dan peralatan awam di dewan serbaguna terbabit.

“Saya amat terkejut dan sedih mendengar berita kes kecurian di Dewan Serbaguna Selangau yang turut melibatkan perkakas elektrik dan peralatan yang telah dicuri dari dewan ini,” jelas Gira.

Menurut Gira, antara peralatan elektrik dan perkakas yang telah dicuri seperti kipas angin dinding, penyaman udara, penyaman udara mudah alih, penyaman udara siling, pintu tandas, kerusi, soket, wayar, hos bomba, pam air dan injap pam air utama.

Katanya lagi, banyak peralatan yang dilaporkan hilang seperti yang tersenarai.

Laporan polis yang telah dibuat oleh Pusat Khidmat DUN Tamin pada hari ini..

“Saya telah mengarahkan pegawai di pusat khidmat saya untuk membuat laporan polis di Balai Polis Selangau dan ianya telah dilakukan sebaik sahaja menerima arahan,” ujar Gira.

Antara peralatan yang dicuri
Antara peralatan yang dicuri

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud