ARTIKEL

Gira (duduk dua kanan) bersama 'tuai rumah' dan ketua kampung yang menerima sijil lantikan mereka.

Wakil rakyat tiada kuasa lantik ‘tuai rumah’ atau ketua kampung, kuasa terletak pada penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pelantikan seseorang tuai rumah mahupun ketua kampung bukanlah dalam bidang kuasa wakil rakyat.

Sebaliknya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang, kuasa pelantikan itu terletak pada penduduk sendiri yang menentukan siapa ketua mereka di rumah-rumah panjang dan juga kampung.

“Lantikan ‘tuai rumah’ adalah berlandaskan persetujuan rakyat rumah panjang itu sendiri.

“Mana-mana ‘tuai rumah’ yang tidak mendapat sokongan majoriti daripada penduduk rumah panjang memang sewajarnya tidak dapat menjadi ketua di sesebuah rumah panjang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Lantikan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi ‘tuai rumah’ dan ketua kampung dari kawasan Pasai Siong di Pejabat Daerah Sibu semalam.

Seramai 25 ‘tuai rumah’ dan ketua kampung di kawasan tersebut telah menerima sijil lantikan pada majlis tersebut.

Sehubungan itu, Gira mahu semua ‘tuai rumah’ atau ketua kampung yang dilantik mengetepikan ideologi politik masing-masing ketika menjalankan tanggungjawab mereka.

Selain itu, tegasnya, mereka juga harus memainkan peranan proaktif bagi memastikan mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

“Jalankan tanggungjawab dengan baik tanpa mengira apa jua latar belakang politik anda,” tegasnya.

Di samping itu, beliau menyarankan agar semua ‘tuai rumah’ yang telah dilantik supaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti dan dedikasi.

Pada majlis itu, Tuai Rumah Lawrence Radin telah mengetuai semua ‘tuai rumah’ dan Ketua Kampung melafazkan ikrar integriti di hadapan Gira, Pegawai Daerah Sibu, Khalid Andong, dan Penghulu Eddie Jemat.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU