ARTIKEL

Wakil tenis Jepun lakar detik bersejarah di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wakil Jepun, Ayumi Koshiishi, 22, muncul selaku juara selepas menewaskan pemain perseorangan China, Hanyu Guo dalam aksi akhir Kejohanan Antarabangsa Jelajah Tenis Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Wanita W15 Pusingan ketiga, hari ini.

Ini sekali gus menyaksikan Ayumi Koshiishi merangkul hadiah kemenangan wang tunai bernilai 2352 USD dan trofi selaku juara.

“Saya gembira, teruja kerana ini merupakan kejohanan pertama saya ikuti di Malaysia dan berjaya meraih johan dalam kejohanan W15,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan akhir di pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), hari ini.

KENANGAN… Ayumi menjulang hadiah dan trofi kemenangan selaku juara Kejohanan Antarabangsa Jelajah Tenis Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Wanita W15 Pusingan ketiga di pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA).

Terdahulu, Ayumi memulakan kejohanan menentang wakil Malaysia, Jo Leen Saw dengan mencatat kemenangan dua set 6-2, 6-0 sebelum meneruskan kemenangan menentang rakan senegara, Kisa Yoshioka 6-3,6-2.

Peringkat suku akhir menyaksikan beliau sekali lagi bertemu rakan senegara, Aoi Ito dengan meraih kemenangan 6-1, 7-6 (4) sebelum menewaskan wakil China, Shuo Feng 6-0, 6-1 pada aksi separuh akhir.

Majlis penutupan dan penyerahan hadiah kepada pemenang dihadiri oleh Konsul General China, Xing Wei Ping diiringi oleh Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU