ARTIKEL

Waktu operasi perkhidmatan feri di Bahagian Mukah dilanjutkan pada 14 hingga 17 Jun ini.

Waktu operasi perkhidmatan feri di Mukah dilanjutkan sempena Hari Raya Aidiladha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha 2024, waktu operasi perkhidmatan feri di Bahagian Mukah dilanjutkan pada 14 hingga 17 Jun ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata, lokasi yang terlibat ialah Kuala Igan, Muara Lassa dan Batang Paloh.

“Bagi Kuala Igan, Feri 1 mula beroperasi dari jam 4 pagi hingga 12 tengah malam dan Feri 2 bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam.

“Manakala, bagi Feri 1 dan Feri 2 di Muara Lassa dan Batang Paloh, kedua-duanya mula beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya dalam satu notis pemberitahuan, hari ini.

Jelasnya, dengan pelanjutan waktu perkhidmatan ini, ia dapat melancarkan perjalanan pengguna feri serta mengurangkan kesesakan kenderaan di pangkalan feri menjelang Hari Raya Aidiladha serta musim cuti umum.

Sehubungan itu, pengguna feri dinasihatkan agar merancang jadual perjalanan dan sentiasa mematuhi arahan petugas feri serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Mukah (084-872 180), Feri Kuala Igan, Foremen Mr Tiong (016-869 2989) serta Feri Muara Lassa dan Batang Paloh, Foremen Mr Ngu (011-1085 9795).

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya