ARTIKEL

Ketibaan Wan Azizah (dua kanan) disambut oleh isteri Premier Sarawak (dua kiri) dan beberapa dif kenamaan lain di LTAK, di sini, hari ini. (FOTO: UKAS)

Wan Azizah lakukan lawatan rasmi sehari ke Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengadakan lawatan rasmi beliau ke Kuching, hari ini.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 12.45 tengah hari dan disambut oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Sehubungan itu, Wan Azizah akan mengadakan lawatan ke Dermaga Sim Kheng Hong dan Lembaga Pelabuhan Kuching.

Pada masa sama, beliau akan menyempurnakan Majlis Penamaan Kapal Peronda Luar Pesisir Oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jam 3 petang ini.

Selesai majlis tersebut, beliau dan rombongan dijangka kembali ke ibu negara pada jam 7.45 malam ini.

Hadir sama menyambut ketibaan beliau ialah isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Puan Sri Datuk Fatimah Mohd Iskandar, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, serta isteri Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datin Sri Loretta Sawot.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU