ARTIKEL

Wan Junaidi berhasrat adakan program jelajah, dekati rakyat Bumi Kenyalang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuarakan hasrat mendekati rakyat Bumi Kenyalang menerusi program jelajah ke seluruh negeri, khususnya melibatkan kawasan pedalaman. 

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, Wan Junaidi memaklumkan beliau mahu menonjolkan keunikan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak dalam jelajah berkenaan.

Beliau berkata, tarikh program itu masih belum ditetapkan, namun Wan Junaidi jelas sangat teruja dengan idea itu, terutama berkaitan lawatan ke kawasan pedalaman. 

“Yang Dipertua Negeri juga menasihatkan kami bahawa antara perkara yang harus dijaga ialah keunikan perpaduan di Sarawak.

“Tun (Wan Junaidi) berhasrat meletakkan dirinya sebagai pemimpin semua kaum, dan pastikan perpaduan kaum ini kekal menjadi ciri utama Sarawak,” katanya. 
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sewaktu kunjungan hormat terhadap Wan Junaidi di Astana Negeri, hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon dan pegawai-pegawai kanan UKAS. 

Bernama

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)