ARTIKEL

Wan Junaidi berkelayakan, berpengalaman jadi Speaker Dewan Negara baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar layak sepenuhnya menjadi Speaker Dewan Negara yang baharu, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, amat wajar kerusi itu diisi oleh Wan Junaidi yang sebelum ini membuktikan kemampuannya ketika menjadi ahli dewan rakyat.

“Sepanjang penggal terakhirnya sebagai wakil rakyat, beliau sangat agresif dalam memastikan Sarawak boleh mendapatkan pindaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk perlembagaan dan sebagainya.

“Beliau berkelayakan sepenuhnya dan berpengalaman membuatkan beliau layak dilantik sebagai speaker,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sesi Perkongsian dan Dialog Penggunaan Tenaga AgriKomoditi di sini, hari ini.

Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Wan Junaidi sebagai Speaker Dewan Negara hari ini.

Ditanya adakah pelantikan pelantikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu akan melihat lebih banyak perkara berkaitan MA63, Fadillah berkata “Tidak, peranan beliau hanya sebagai Speaker Dewan Negara.

“Beliau mungkin tidak boleh terlibat dalam proses kita….Sebagai pengerusi jawatankuasa teknikal MA63, kita sedang berusaha ke arah itu (perkara mengenai MA63),” katanya.

Baca lain  Ubah naratif, acara perniagaan bawa impak global

Wan Junaidi telah dimasyhurkan sebagai Speaker Dewan Negara, pagi tadi di hadapan 63 Senator semasa Mesyuarat Kedua Penggal Kedua, Parlimen ke-15 Dewan Negara berlangsung hari ini.

Wan Junaidi menjadi Ahli Parlimen Batang Lupar mulai 1990 hingga 2004 sebelum bertukar ke kawasan Santubong sehingga bersara tahun lalu.

Dalam Kabinet Persekutuan, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting bermula sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 16 Mei 2013 hingga 29 Julai 2015.

Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Julai 2015 hingga 10 Mei 2018.

Pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021, beliau dilantik pula sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Beliau kemudiannya diberi kepercayaan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mulai 30 Ogos 2021 hingga 24 November 2022.

Sebelum itu, beliau menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat mulai 28 April 2008 hingga 3 April 2013.

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan