ARTIKEL

Wan Junaidi dianugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak, bawa gelaran Pehin Sri

Wan Junaidi dianugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak, bawa gelaran Pehin Sri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) yang membawa gelaran Pehin Sri di Astana Negeri, hari ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mewakili Kerajaan Sarawak menyampaikan pingat tersebut dalam satu Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak.

Tun Pehin Sri Wan Junaidi merupakan penerima kelima darjah tersebut selepas Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Tun Pehin Sri Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

Untuk rekod, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa 26 Januari lepas menggantikan Allahyarham Tun Abdul Taib yang telah tamat perkhidmatannya pada 25 Januari 2024. 

Timbalan-Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, serta barisan menteri dan timbalan menteri, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki turut hadir sama.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan