ARTIKEL

Wan Junaidi selesai angkat sumpah ahli Dewan Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram


KUALA LUMPUR: Dua bekas Menteri dan seorang bekas Timbalan Menteri mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara, hari ini.


Ia melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.


Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan pengerusi sementara Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.


Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan Dewan Undangan Negeri Perak pada 25 Mei lepas.


Wan Junaidi pernah berkhidmat dalam portfolio undang-undang bermula 2021 hingga 2022 ketika pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada 2008 hingga 2013.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh