ARTIKEL

Wan Junaidi, Speaker Parlimen Ghana adakan mesyuarat dua hala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Speaker Parlimen Ghana Alban Sumana Kingsford Bagbin di luar Persidangan Parlimen Komanwel ke-66, di Ghana pada Khamis.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dalam pertemuan itu, Bangbin menggalakkan penyertaan Malaysia dalam sektor ekonomi dan pelaburan di Ghana selain meningkatkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Bangbin turut mengucapkan penghargaan kepada Wan Junaidi yang mengetuai delegasi Malaysia di persidangan tersebut atas penyertaan yang konstruktif.

Sementara itu, Wan Junaidi menyampaikan penghargaan kepada Bangbin dan jawatankuasa penganjur kerana telah menyediakan platform kepada Malaysia untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara aktif selain memberikan sambutan dan hospitaliti yang mesra.

Mesyuarat dua hala itu adalah pertemuan pertama antara Wan Junaidi dan Bangbin sejak dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, pada Jun lepas.

Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta dua Ahli Dewan Negara Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Isaiah D Jacob.

Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 di Ghana berlangsung dari 30 Sept hingga 6 Okt.

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.