ARTIKEL

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin | BERNAMA

Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik sebagai pengerusi baharu Nestle Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Nestle (Malaysia) Bhd mengumumkan bekas presiden Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa 1 Mei, 2024.

Pelantikan itu selaras dengan persaraan Tan Sri Syed Anwar Jamalullail, selepas mesyuarat agung tahunan syarikat yang seterusnya, kata syarikat makanan dan minuman itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam.

Pada 1 Sept, 2023 Wan Zulkiflee,  dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Nestle berkuat kuasa 1 Okt 2023.

Nestle berkata sejak 40 tahun lepas, kerjaya Wan Zulkiflee merangkumi peranan kepimpinan merentasi spektrum organisasi terkemuka seperti Petronas, Malaysia Airlines Bhd dan Malaysia Aviation Group Bhd.

Pada masa ini, beliau mempengerusikan lembaga pengarah DRB-Hicom Bhd dan Gas Malaysia Bhd.

“Syarikat akan membuat pengumuman berkenaan perubahan lembaga pengarah sebaik sahaja perubahan itu berkuat kuasa,” kata Nestle. — BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,