Trending

Wang RM1.2 juta milik warga emas lesap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang pesara di Miri berputih mata selepas wang miliknya berjumlah RM1.2 juta lesap akibat ditipu sindiket ‘phone scam’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang merupakan warga emas lelaki berusia 66 tahun menerima satu panggilan telefon pada 18 April lalu dari seorang lelaki tidak dikenali yang mengaku dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada suspek yang mengaku sebagai Sarjan Wong dan Inspektor Khoo yang memberitahu mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan tangkapan akan dijalankan terhadapnya.

“Mangsa menafikan dakwaan tersebut dan memohon agar dirinya tetap berada di Bandar raya Miri semasa siasatan dijalankan kerana menghidap kanser usus.

“Selepas itu, suspek meminta mangsa memberikan maklumat perbankan dan butiran kewangan miliknya sebelum diarahkan oleh suspek membuka dua akaun bank baru bagi memudahkan siasatan dijalankan ke atas mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa kemudian membuka akaun bank baharu di dua institusi kewangan tempatan di bandar raya tersebut pada 19 April dan 20 April 2023 sebelum memberikan maklumat akaun baru serta ID dan kata laluan perbankan dalam talian kepada suspek.

“Selepas itu, mangsa diarahkan oleh suspek untuk memindahkan wang keseluruhan berjumlah RM1.2 juta melalui empt transaksi dari akaun Ambank dan akaun KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) miliknya ke dua akan bank yang baru dibuka itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu setelah memeriksa baki wang di dalam kedua-dua akaun bank baharu miliknya pada 8 Jun dan mendapati keseluruhan wang dipindahkan ke akaun tidak dikenali secara berperingkat antara 19 April hingga 3 Mei yang lalu.

Katanya, mangsa kemudian tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut kepada pihak polis kerana ditipu oleh suspek.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru