NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Wang simpanan lesap 24 jam tanpa pengetahuan pemilik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Chong Chieng Jen (kiri) memberi penjelasan kepada media selepas membantu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sekama
Chong Chieng Jen (kiri) memberi penjelasan kepada media selepas membantu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sekama

KUCHING: Siapa sangka wang dikumpul untuk sekian lama di dalam akaun simpanan tetap yang dipercayai selamat, telah lesap sekelip mata dalam tempoh 24 jam.

Lebih menyedih, transaksi kewangan tersebut berlaku tanpa pengetahuan dan persetujuan mangsa.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen hari ini, tampil membantu seorang wanita warga tempatan membuat laporan polis di Balai Polis Sekama berhubung kejadian itu.

Katanya, pada 24 Oktober, mangsa, suri rumah mendapati dia tidak dapat mengakses akaun bank simpanannya ketika membuat semakan di sebuah bank di Simpang Tiga.

“Wang yang disimpan dalam akaun simpanan berjumlah RM21,400 telah dikeluarkan melalui 12 transaksi kepada beberapa individu yang dia tidak dikenali.

“Transaksi ini berlaku pada Ogos, dia mengetahui apabila memeriksa akaunnya pada Oktober, dia dapati wang miliknya telah dipindahkan,” katanya kepada media selepas membantu mangsa membuat laporan polis.

Beliau berkata, kali terakhir mangsa membuat kemas kini akaun simpanannya pada Julai lalu malah mangsa juga tidak melakukan sebarang transaksi secara dalam talian.

Baca lain 

Sehubungan itu, Chieng Jen yang juga Adun Padungan berkata, pihak polis digesa untuk bertindak aktif dalam penipuan kewangan ini.

Katanya, siasatan lanjut harus dijalankan serta menahan penerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun mereka.

“Kerajaan baharu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) harus mengambil perkara ini secara serius dan menghentikan segala penipuan ini,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru