Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Wang simpanan RM1 juta lesap berjaya dikembalikan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SIDANG MEDIA... Micheal (kedua kanan) bersama Lee (ketiga kanan) pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP, semalam.
SIDANG MEDIA… Micheal (kedua kanan) bersama Lee (ketiga kanan) pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP, semalam.

KUCHING: Ahli perniagaan tempatan yang kehilangan wang simpanan berjumlah RM1 juta berjaya mendapatkan semula wang tersebut selang dua hari selepas membuat laporan kehilangannya pada Ahad lepas.

Namun begitu, beliau masih kebingungan bagaimana duit simpanannya sejak menceburi diri dalam bidang perniagaan begitu mudah dipindahkan daripada akaun tanpa kebenaran dalam jumlah yang sangat besar.

Mangsa yang dikenali sebagai Lee, 39, berkata meskipun berjaya mendapatkan semula wang tersebut, insiden itu memberi pengajaran kepadanya agar tidak menyimpan sejumlah besar wang simpanan di dalam satu akaun bank.

“Pihak bank bagaimanapun tidak menjelaskan tentang perkara ini, cuma memaklumkan bahawa wang telah dikembalikan ke dalam akaun saya.

“Justeru saya berharap agar pihak bank dapat memberikan hasil siasatan secepat mungkin,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, hari ini.

Sementara itu Pembantu Khas Ahli Parlimen Stampin Chong Chien Jen, Micheal Kong berkata, terdapat ramai pengguna lain yang masih belum menerima pemulangan wang yang hilang dalam bank masing-masing.

Sehubungan itu DAP katanya, akan terus memberi tekanan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan untuk meningkatkan keselamatan dan memberikan perlindungan yang lebih baik kepada semua pengguna.

“Hakikat jumlah yang besar itu boleh dipindahkan daripada akaun seseorang tanpa pengetahuan pemegang akaun jelas menunjukkan terdapat kecacatan keselamatan dalam sistem perbankan.

“Saya berharap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua bank serta mereka dapat mengambil tindakan lebih efektif untuk menyediakan keselamatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan dan BNM. Saya akan menggesa agar mereka mengambil langkah berkesan bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap institusi kewangan dan sistem perbankan negara,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Micheal masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab seperti bagaimanakah transaksi besar itu boleh berlaku tanpa memerlukan kebenaran pemilik akaun.

Terdahulu, Micheal berkata pada Ahad lepas, Lee mendapati wangnya berjumlah RM1 juta dalam akaun Maybank telah dipindahkan tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Beliau kemudian segera menghubungi bank dan menelefon Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 supaya tindakan selanjutnya boleh dilakukan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru