SARATOK: Penganjuran regata lumba perahu bersempena Pesta Saratok tahun ini menawarkan hadiah terbesar bagi gelaran Raja Air iaitu bernilai RM15,000.
Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju berkata pesta bertemakan ‘Tuk Lah Saratok’ itu akan diadakan pada 25 hingga 31 Julai nanti.
Menurutnya pesta berkenaan adalah salah satu usaha untuk memperkenalkan Parlimen Saratok kepada masyarakat luar selain meningkatkan ekonomi peniaga lebih-lebih lagi penduduk tempatan.
Selain regata lumba perahu, aktiviti sukan dan malam kebudayaan juga akan diadakan bagi menggalakkan penglibatan belia tempatan secara langsung.
Borang penyertaan regata lumba perahu akan dikeluarkan pada 4 Julai dan tarikh tutup penyertaan, 21 Julai.
Orang ramai boleh menghubungi Wan Ismail di talian 016-4407265 untuk pertanyaan lanjut.
