KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 460 kes harian baharu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 258,412.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut, 232 kes adalah kategori 1, 219 dalam kategori 2 manakala sembilan kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.
“Daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 177 kes, diikuti Miri (97), Sibu (88), Kapit (26), Bintulu (16), Limbang (13), Sarikei (9), Kanowit dan Pakan (5) serta Song (4).
“Manakala Saratok, Serian, Bukit Mabong (3), dua kes di Samarahan, Betong, Meradong serta Subis dan masing-masing satu kes di Lawas, Bau dan Matu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah JPBN, satu kes kematian telah dilaporkan pada 23 Februari 2022 melibatkan seorang perempuan berusia 25 tahun dari Kuching.
JPBN turut melaporkan tiada kluster baharu diisytiharkan.