Trending

Wanita asing didenda terlibat pelacuran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Padah terlibat dalam aktiviti memberikan perkhidmatan seks, seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap Yurnani, 25, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara dua bulan terhadap tertuduh yang berasal Indonesia sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan mengikut Seksyen 372B kanun Keseksaan, dia didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah bilik di Jalan Ang Cheng Ho, kira-kira jam 2.15 petang, 3 Mac lepas.

Menurut fakta kes, pengadu yang merupakan pegawai polis mengarahkan anak buahnya membuat penyamaran kegiatan maksiat dan menyerbu di tingkat 1 bangunan tersebut.

Pasukan seterusnya menahan seorang wanita warga asing sedang bersama anggota polis yang melakukan penyamaran.

Hasil pemeriksaan, menjumpai sekeping kondom dan sejumlah wang tunai RM200 yang dipercayai digunakan untuk aktiviti persundalan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru