ARTIKEL

Wanita berdepan detik cemas, kereta terbabas dalam belukar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dalam belukar di Jalan Dabai di sini, awal pagi tadi.

Insiden kira -kira jam 6.00 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun dalam perjalanan dari Bintangor menghala ke Sibu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 pagi, sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

“Setibanya di lokasi kereta yang dipandu mangsa sudah berada di dalam belukar itu.

“Mangsa bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai tindakan katanya, bomba melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan benar -benar selamat.

“Kita juga mengambil maklumat perihal kejadian ini sebelum bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati memandu terutama dalam keadaan jalan licin bagi mengelak insiden yang tidak diingini.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta