HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Wanita didenda buat laporan polis palsu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang pelayan kafe didenda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan membuat laporan polis palsu atas kejadian rompak yang menimpanya.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Dana Jampang,46, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat laporan palsu di hadapan seorang pegawai di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuching, kira-kira jam 9.45 pagi, 15 April lepas.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut ringkasan kes, pihak polis telah membuat soal siasat semula terhadap tertuduh yang mendakwa dirinya telah di rompak oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali hingga menyebabkan wang tunai dan dokumen peribadi hilang adalah tidak benar.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu tentang kejadian rompak yang berlaku padanya.

Pegawai Pendakwaraya ASP Hisyam Junaidi memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Zii Jia kembali ke BAM?

PERSOALAN sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke