ARTIKEL

Gambar hiasan

Wanita didenda kerana rosak harta benda ibu angkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau tiga minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana merosakan harta benda milik ibu angkatnya.

Nur Arfifa A’min Army, 24, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat merosakan harta benda iaitu seunit kipas, sebuah telefon bimbit dan seunit pintu pagar besi milik mangsa wanita berusia 58 tahun hingga menyebabkan kerugian RM200.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Bandar Baru Samariang, sekitar jam 8.30 malam, Isnin lalu 5 Februari.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes semasa kejadian, tertuduh tiba-tiba mengamuk lalu bertindak merosakkan harta benda milik ibu angkatnya.

Bimbang akan keselamatan diri, pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama.

Baca lain  Insiden rumah terbakar di Kampung Stenggang, tiada kemalangan jiwa

Difahamkan, tertuduh mengaku ada mengambil bahan terlarang sebelum kejadian, kemudian berasa marah dan tidak puas hati terhadap mangsa kerana membaling bantal pemberian kawan lelakinya ke arahnya.

Oleh sebab itu, tertuduh memarahi ibu angkatnya dengan mengeluarkan kata-kata kasar dan mengamuk kerana dia enggan menerima teguran mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Sarawak nyadi pengeluar besai lada ba Malaysia

MINDY VELARIE CASILYSuarasarawak.news@gmail.com SERIAN: Sarawak dirikod ngeluarka 31,994 tan metrik lada ba taun 2023. Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi, enggau Pemansang Wilayah (M-FICORD), Datuk Martin

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,