ARTIKEL

Wanita didenda miliki wang secara tidak sah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita tempatan dari Skudai Johor dijatuhi hukuman denda RM6,300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki sejumlah wang RM13,700 secara tidak sah selepas mencagarkan akaun banknya untuk aktiviti penipuan dalam talian, dua tahun lalu.

Tertuduh Wong Xiang Yi, 24, mengaku bersalah atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang dibacakan di hadapan dua Majistret berbeza.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tiga bulan atau denda RM500.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa memiliki sejumlah wang RM9,200 secara tidak sah dalam akaunnya selepas mangsa lelaki berusia 39 tahun memasukkan wang secara berperingkat sekitar jam 10.35 pagi, 10.38 pagi dan 4.21 petang, pada 21 Januari 2021.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara terhadap Xiang Yi bagi setiap pertuduhan.

Manakala pertuduhan keempat, dia didakwa memiliki sejumlah wang RM4,500 secara tidak sah dalam akaunnya dari mangsa yang sama kira-kira jam 4.22 petang, 21 Januari 2021.

Untuk pertuduhan keempat, Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman denda RM300 atau penjara lima hari terhadap tertuduh.

Menurut fakta kes, pada 21 Januari 2021, mangsa selepas menyedari dirinya ditipu seorang lelaki yang mengaku rakannya bernama Ah Yung selepas membuat empat transaksi wang berjumlah RM13,700.

Sebelum kejadian,mangsa menerima panggilan daripada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya menukar nombor telefon kerana telah dirompak dan memohon bantuan kewangan daripada mangsa.

Dia yang dalam keadaan panik terus membuat empat transaksi ke akaun bank atas nama Wong Xiang Yi.

Selepas membuat pembayaran tersebut, dia menghubungi rakannya tentang transaksi tersebut namun kawannya memaklumkan tiada menghubungi mangsa.

Pengadu menyedari dirinya ditipu kemudian terus membuat laporan polis seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh.

Hasil siasatan, mendapati tertuduh telah mencagarkan akaun banknya kepada pihak pemberi pinjaman wang untuk aktiviti penipuan dalam talian.

Pendakwaan kes dikendalikan dua pegawai pendakwa iaitu Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang dan Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Setakat ini, tertuduh telah membayar denda di kaunter pembayaran mahkamah hari ini.

BERITA LAIN

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada

MBKS keluar 12 saman terhadap 12 premis hiburan

KUCHING: Dua belas premis hiburan di sekitar Kuching Selatan telah dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam Operasi Bersepadu Noda yang dijalankan bersama

BERITA TERBARU

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada