ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Wanita didenda RM3,500, salah guna syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita warga tempatan berusia 31 tahun dijatuhi hukuman penjara empat bulan atau denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu, Jun lepas.

Tertuduh Chuo Yee Chien mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh seorang jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dalam pengawasan dua tahun selepas menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine, Methylenedioxy-amphetamine (MDA) dan Methylenedioxy methamphetamine (MDMA) di hadapan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, kira-kira jam 10.05 pagi, 25 Jun lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah Seksyen 15 (1) jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching telah menangkap tertuduh yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan.

Sementara itu, hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine, MDA dan MDMA.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.