ARTIKEL

Wanita digalak ceburi bidang pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan sentiasa menyokong golongan wanita yang ingin terlibat dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan di negara ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pada 2022, seramai 317,500 wanita bekerja dalam bidang pertanian, perhutanan dan perikanan di negara ini.

“Wanita turut memberikan sumbangan yang sangat penting kepada sektor keterjaminan makanan di negara kita.

“Justeru sempena Hari Wanita Sedunia ini, saya ingin mengajak lebih ramai wanita supaya terlibat dalam sektor keterjaminan makanan negara,” katanya menerusi laman Facebooknya semalam.

Bertemakan ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang,’ Mohamad berkata tema sempena Hari Wanita Sedunia itu bertepatan dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan peranan wanita dalam memajukan negara. 

BERITA LAIN

Syarikat M’sia yakin penuh dengan pasaran China

HAIKOU: China mempunyai jumlah penduduk antara tertinggi di dunia dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar, kata Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh