ARTIKEL

Wanita dilaporkan hilang selepas buang sampah berdekatan tebingan sungai Batang Rajang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KANOWIT: Seorang wanita berusia 58 tahun dilaporkan hilang selepas membuang sampah di kawasan berdekatan tebingan sungai Batang Rajang pada Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit PPgB Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 4.14 petang semalam (Sabtu).

Susulan itu katanya, lima anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan mendapatkan maklumat.

“Mangsa dikenali sebagai Lijah Lambong dikatakan keluar membuang sampah dari rumahnya di Rumah Man, Nanga Dap pada Jumaat (24 November) sekitar jam 12 tengahari.

“Mangsa kemudiannya tidak pulang ke rumah dan sehinggalah sekitar jam 5 petang, pada hari yang sama suami bersama ahli keluarga mangsa keluar untuk mencari mangsa namun, masih gagal dijumpai.

“Semalam sekitar jam 3.57 petang suami mangsa membuat laporan polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit akan kehilangan mangsa untuk tindakan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini (Ahad).

Arrahman berkata, operasi SAR yang masuk hari kedua hari ini mangsa masih belum dijumpai dan operasi pencarian masih dilakukan.

Menurut beliau lagi, mangsa mempunyai masalah pendengaran.

Turut menyertai SAR itu adalah pihak polis. 

ANGGOTA bomba dan polis ketika menjalankan operasi SAR

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU